Monday 2 April 2012

7 Tips menjaga PJJ


Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan jika anda berada dalam PJJ. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana banyak faktor. Tips ini saya kutip dari sebuah blog seperti pautan ini http://cahayapenawarku.blogspot.com/2012/01/perkahwinan-jarak-jauhpjj.html

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan Perkahwinan Jarak Jauh:-

TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Seminggu sekali adalah lebih baik sekiranya mampu.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS.

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menikmati kebahagiaan sebuah PJJ.

Wassalam. 

Monday 7 November 2011

DOA SITI SARAH

DOA SITI SARAH
Saya suka untuk mencadangkan kepada semua wanita, baik yang masih bertitle gadis sunti, anak dara atau yang sudah menyandang gelar ibu dan suri rumahtangga agar kita sama-sama mengamalkan doa ini.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Maksudnya : “Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada MU dan Rasul MU, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Ia merupakan doa yang sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s ( iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.

Pada saya, doa ini bukan sekadar munajat ke hadrat Yang Maha Esa agar maruah berharga seorang wanita tetap kekal terpelihara, bahkan lebih dari itu, ia mengandungi nilai cinta seorang isteri kepada suami yang dikasihi. Berdoalah….agar ALLAH menghijab hati wanita kita yang lemah ini dari terpedaya dengan pujuk rayu lelaki bertopengkan iblis.

Berdoalah….agar ia menjadi satu usaha yang mampu membuahkan hidayah dari-NYA pada ketika dan suasana di mana sebagai manusia biasa kita tidak lagi mampu memilih yang benar, melainkan hanya dengan petunjuk dari ALLAH SWT sahaja kita akan terselamat dari menghampiri noda dan maksiat!

Sehebat manapun seorang manusia, sebijak manapun seseorang itu, ia tidak mampu menjangkau semua perkara. Justeru, manusia sangat memerlukan kepada hidayah di sepanjang kehidupannya, lebih-lebih lagi dalam mengawal nafsu dari mendominasi diri. Sememangnya, manusia sering mencari TUHAN ketika masalah menimpa, namun tidak pula ramai untuk 'bersama' TUHAN sebelum masalah menjelma.

Semoga Allah mudahkan segala urusan penulis asal karya ini dan melimpahkan keluarga beliau dengan rezki barokah yang tidak disangka-sangka. Amin.